.

.

31 December 2025

157: Rejab 1447H




Post 180 days.

Malas nak tulis. Malas nak rekod. Malas.
Give up. Sampai dah tak larat nak hidup.

Bukan tak tahu tujuan hidup. Orang buat aku jadi begini itu lah yang bertanggungjawab.

Aku tak sorok. Hanya aku pilih tidak bercakap sebab dia yang pilih untuk tidak bercakap dengan aku. Dan aku extend that kepada orang lain jugak. I 'shouted' loud enough on FB.

Dia memang takde perasaan. Takde hati.

Siapa aku ni?
Kenapa aku menuntut sangat?
Nantilah yang tak tahu bila.

Memang sekarang susah. Susah sangat untuk aku nak hidup. Ya, nak hidup pun susah. Tapi dia mana nak cuba faham.

Dia hanya nak bercakap perkara yang dia nak cakap pada masa dia nak cakap. Tapi bukan bercakap tentang punca.

Sepanjang 180 hari tu, entah berapa dark and empty situation. Dua kali yang aku sangat bimbang aku akan buat perkara tak sepatutnya.

Let me ramblings what I have done to improve.
Aku cari kerja, walaupun cuma dapat 15 sehari.
Aku berusaha bangun awal walaupun aku belum sihat sepenuhnya.

Aku sangat penat hidup macam ni. Aku ni terlalu invisible. Aku mahu ada stable income macam dulu. Itu cara aku fight everything dulu.

Tapi sekarang, aku sangat fragile. Financial lagi lah. Masih bertahan tak korek simpanan, jual apa yang perlu.

Aku tahu Allah Maha Melihat, Maha Mendengar
Itu yang aku lakukan sekarang
Aku hamburkan kemarahan aku dekat dia pada DIA. Adukan apa tindakan aku, fikiran aku.

Blog ni takde pembaca. Pun aku masih tak mahu tulis jelas² siapa dia.

Takpe lah. Dia rasa dia powerful sebab status dia dekat aku. Tapi dia tak sedar kut, taqwa pada Allah tu penentu dia nak berlembut ke nak terus berkeras.

11.57PM
31 Disember 2025

17 August 2025

156: Safar 1447


Tulis dekat FB: "Dark and empty."

Aku tak boleh buat orang faham bahawa perkataan tu amat-amat bahaya. Aku rasa dari semalam. Aku hilang kompas.

Punca dia, masih satu makhluk Tuhan sejak 55 hari yang lalu.

Sebagaimana aku tulis di mana-mana, keadaan aku sekarang kerana makhluk Tuhan ini.

Dia biarkan aku tersesat. Dia buat aku flashback banyak event kehidupan yang boleh di pin-point dekat keadaan aku sekarang.

Orang suruh keluar, tinggalkan tempat sekarang. Aku cakap, kalau aku keluar, aku tak akan kembali lagi untuk selamanya. Dan aku tak bersedia pun nak keluar. Satu cara nak paksa aku keluar, beri pekerjaan dengan pendapatan yang cukup untuk aku hidup sendiri. Cukup juga aku pilih tempat tinggal yang sesuai dengan keadaan neuro pelbagai yang aku ada. Cukup juga untuk aku makan menu yang aku boleh telan.

Aku ada tulis di FB, jangan jadi enabler dekat makhluk ni atas apa yang sedang dia lakukan. 

Sekarang ni, aku teringat ayat dari surah at-tahrim ni. Aku paling tak suka blame game atau bangauing. Tapi makhluk ni desak aku. Turn out, sedap juga blame game ni. 

Dia sedang campak aku ke neraka. Mungkin campak dirinya juga ke neraka. Makhluk ni tak sedar, berapa banyak pun kebajikan lain dia buat mungkin tak dapat menyelamatkan dirinya kerana apa yang sedang dia lakukan pada aku.

Hablum minallah... Allah suruh buat baik dekat semua orang TERUTAMA KERABAT. Tapi aku diabaikan.

Hablum minannas... buat lah baik kepada seluruh alam tapi MENGABAIKAN AKU mungkin menenggelamkan dirinya sendiri.

Dia tidak pandai melihat soal keselamatan aku. Aku ini tinggal di negeri sempadan. Jika keselamatan aku dititikberatkan, dari dulu dia akan fikirkan dan buat semua perkara untuk jaga. Tapi tidak. Dulu aku tak faham kenapa keluarga orang boleh ambil hantar walaupun kena hadam jem perjalanan jauh. Sekarang baru aku faham. SAFETY. Itu baru asas dalam kehidupan.

Memang aku ni usia dewasa. Tua dah pun. Wajah aku sahaja sering menipu, disangka awal 20an. Dan wajah ini bahaya. Jika ada penyangak nak apa-apakan aku, terbuka luas.

Dia tidak bersyukur -- tak ada di kalangan kami sakit terlantar tak boleh urus diri. Aku ni sakit kronik juga walau tidak terlantar. Aku masih ada upaya urus diri walaupun memerlukan sangat banyak bantuan. Dia pun tak mahu bantu. Perkataan omputih adalah REFUSED.

Aku datang pada dia sendiri, melalui mesej masa ketiadaan fizikal dan F2F bila dia ada. Tapi apa aku dapat? Aku dipersalahkan dan tidak diberi jalan keluar berkenaan masalah tersebut. BENDA BUKAN SALAH AKU.

Aku amat tak puas hati sebab dia pengecut. Tak boleh boleh beritahu sendiri apa penyelesaian masalah yang berlaku. 

Tak apa lah, kereta-kereta tu ramai lagi yang nak pakai. Basikal elektrik tu pun, ramai peminat. Allah bagi aku kaki yang masih mampu berjalan. Allah masih beri rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka.

Dia biarkan otak aku berfikir semborono. Aku berjuang sehabis daya menghentikan fikiran-fikiran yang tak patut. Ketahuilah, sekiranya aku bertindak di luar jangka adalah salah dia. Jika dia narsistik, maka dia tidak akan rasa bersalah pun. 

55 hari ni tak ada apa-apa.
Bukan tak pernah aku diam.
6 bulan, pernah.
3 bulan, pernah.
Let us count pecah rekod 6 bulan ke tidak. Atau dia nak bawa hal ni macam aku buat dekat seseorang sampai dia mati.
Aku bukan buat apa, aku cuma berlumba bertemu Izrail.

Aku menulis di sini secara terbuka. Hanya sekarang orang tidak lagi baca blog.

Jangan paksa aku terima apa yang dia buat, sebab otak aku dicipta berlainan.

Cerita dalam gua tu nanti-nanti lah sambung.

24 July 2025

155: Dalam Gua - 02

Aktiviti dalam gua tak ada lah meriah mana. 

No phone at all.
No writing tools.
No painting tools.

Boleh membaca tapi bahan bacaan terhad.
Boleh ikut aktiviti OT yang bertugas, tapi kena daftar. Tak daftar tak boleh join.
Boleh tengok tv. 

Tengok TV pun jadi malas. Tapi kan, hari tu TV3 tayang balik Nur Kasih. Uuiii mengimbau kenangan lalu bethol!

Makan on time.
Tidur wajib jam 10 malam.

Tak payah susah-susah basuh baju. Hari-hari dapat baju bersih sepasang. Cadar pun boleh tukar dua kali seminggu.

Bosan sangat, pusing lah seluruh kawasan gua. Cuma jangan fikir nak keluar hahahaha.

Iye, gua ni ada penjaga. Nak keluar, kena lulus dulu.

Nanti kita cerita tentang makhluk dalam tu pula.

18 July 2025

154: Dalam Gua - 01

Benda best dalam gua adalah waktu makan yang tetap. 
 
7 pagi sarapan.
12 makan tengahari.
3 minum petang.
6 petang makan malam.

Awal-awal ok aje la tak perlu jajan. Lepas tu, lapar ya ampun 🤣

Mujur lah masa tu pandai dah cari makanan tambahan. Kelaparan tak boleh bincang. Silap haribulan boleh jadi drama 😂

Nanti sambung lagi episod dalam gua. Kalau rajin le.

30 June 2025

153: Muharram 1447H

Lama halaman ini terabai. Bukan sebab bersedih. Tapi sebab badge tu ha.

Sebelum adinda meninggalkan kami, saya baru saja mendaftar satu kursus pendek. Memang kursus tu saya tak bersedia pun. Masa briefing pertama, tengah jalan-jalan. 2 hari pertama, duk dengar tanpa prepare apa-apa. Ya Tuhan!

Saya tak bersedia untuk proses grieving. Kematian kedua yang saya tangguhkan untuk grief. Might not recover forever. Akan cuba cari ruang dan peluang, of my own to grief. 

Sekarang? Masih struggle dengan diri sendiri. Di samping macam-macam hal yang terjadi. 

Masih mengajar Al-Quran.
Masih duduk rumah
Masih belum berdikari dari segi kewangan

Ramadan tahun ni... tidak seperti yang dirancang.

Dengan kejutan... hahaha siapa suruh tangguh, kan dah lupa...

Orait. Ramadan tahun ni memang tak macam yang dirancang dan diharapkan. Got to let go tadarus dengan geng tadarus ladies. Family tadarus pula selalu tukar masa. It was hard for me to cope. 

Selama ni memang dah ada masalah SOB. Tapi Ramadan baru lebih dahsyat. Terpaksa lah ambil ubat untuk atasi bloating. Satu hari, terpaksa mengalah ke kecemasan. Pergi dihantar, balik naik bas kalau tak silap. Lupa dah. Ke minta diambil..

Entah dari bila entri ini ditulis.

Tetapi, saat ini saya memang berharap dapat keluar dan menyewa sendiri. Cukup-cukuplah menyusahkan ramai orang, tumpang duit dan harta orang. Sewa sendiri boleh mohon bantuan kewangan. Setiap tahun ada lah duit bantuan Sara Hidup. MyKasih tak layak sebab bujang. Beli basikal elektrik idaman sendiri. 

Susahkan diri sendiri, tak apa. Allah nampak dan Allah ada. Susahkan orang ni, entah-entah dah kena sumpah berbakul.

Jumaat nanti ada exam course hari tu. Habis dulu lah. What will happen que sera sera. Tak ada orang akan alert dan panik pun nanti.

31 January 2025

152: Sya'aban 1446H

Menutup Januari 2025 dengan pemergian adinda ke-8 pada 29 haribulan.

Abdullah Junaidi a.k.a Nyde a.k.a Junaid a.k.a Budu a.k.a AJ.

Memetik tulisan kekandanya Ahmad Ibrahim;

"Perjalanan abadi Abdullah ke rahmatullah. Dijemput bertemunya setelah bertahun diuji sakit. 

Menyakini hadis seorang Muslim yang ditimpa suatu penyakit, Allah SWT akan menghapus kesalahan-kesalahan dikau. Insya allah kheir. Kanda mendoakan moganya ini adalah kerehatan buatmu Junaid menikmati ganjaran yang kebaikan Allah swt ingin kan padamu.  

Luahanku mengambil dari ungkapan nabi kita ketika kematian anaknya adalah disenangi hatiku…

"Mata menitiskan air mata dan hati bersedih, kami tidak akan mengucapkan sesuatu melainkan apa yang Allah SWT redhai. Ya Junaid, sesungguhnya kami bersedih dengan perpisahanmu.'" 

Kepunyaan-Nya-lah kerajaan langit dan bumi. Dan kepada Allah-lah dikembalikan segala urusan.


اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِحَيِّنَا وَمَيِّتِنَا وَشَاهِدِنَا وَغَائِبِنَا وَصَغِيرِنَا وَكَبِيرِنَا وَذَكَرِنَا وَأُنْثَانَا اَللَّهُمَّ مَنْ أَحْيَيْتَهُ مِنَّا فَأَحْيِهِ عَلَى اَلْإِسْلَامِ وَمَنْ تَوَفَّيْتَهُ مِنَّا فَتَوَفَّهُ عَلَى اَلْإِيمَانِ اَللَّهُمَّ لَا تَحْرِمْنَا أَجْرَهُ وَلَا تُضِلَّنَا بَعْدَهُ"

31 December 2024

151: Jamadil Akhir 1446H

Orang dah mula sambut Rejab sedang Rejab bermula Maghrib nanti.

Hari ni cuba untuk berpuasa ganti untuk hari terakhir. Memang perut tak berapa ok, tapi bila boleh bangun sahur tu terasa macam... apa salahnya mencuba... tak berjaya, kita cuba lagi hari lain. Insya Allah sempat sebelum Ramadan tiba... Ramadan tiba.

Tahun ni skip berapa bulan ek? Januari, April, November. Hahah! Punya lah sibuk...

November tu bukan taknak tulis... tapi hari-hari menulis di FB. Hari-hari la sangat.. skip 3 ke 5 hari tah. My birthday month. Cabar menulis setiap hari. Dah tu banyak sangat drama yang boleh dijadikan 

Hari ni, takde lah nekad sangat... klik rayuan haji. Padahal tahu dah, takkan dapat.. dan sebenarnya taknak buat rayuan pun hahaha. Duit dalam akaun tak cukup beberapa ratus... perlu RM600 untuk cukupkan kos haji sahaja. Belum perbelanjaan lain-lain.



Mula-mula nak klik rayuan lain-lain. Tapi kan, terasa nak guna privilege. Telefon THCC dulu lah tanya kriteria. Alhamdulillah, diberi panduan yang mudah diikut. Jadi, dah selesai lah rayuan. Cumanya, dalam masa 5 hari bekerja, kena pegi hantar dokumen sokongan di pejabat TH.

Dalam pada itu, ada pulak panggilan menulis. Baru nampak hahaha! Temanya pula sedap; makan-makan. Nak tulis apa, takde idea lagi. Dan otak sedang sibuk mengarang cerita yang dah lama tak disambung tulis. Semoga sempat lah hantar 5 Januari nanti.

Sebenarnya banyak benda yang nak dicatat di sini. Nanti aje lah. Tak ke mana pun kita ni. Semuanya menuju akhirat walaupun hari ni hari terakhir 2024.

Semoga saya tak lupa mencatat. Channel Telegram tu dah terbiar teruk! Hahahaa~

Allahumma barik lana fi rajab wa sya'ban, wa ballighna Ramadan...